Page 28 - Sejarah_Tahun 4_SK
P. 28
Keluarga Saya
Keluarga saya terdiri daripada keluarga asas dan keluarga kembangan.
Kami saling menyayangi antara satu sama lain.
Keluarga Asas
Keluarga asas ialah keluarga yang
terdiri daripada bapa, ibu dan anak-anak. Keluarga
asas saya terdiri daripada bapa, ibu, abang, kakak,
saya dan adik. Kami sentiasa bertolak ansur dan
membantu antara satu sama lain.
Aktiviti
Hasilkan sebuah lukisan yang
bertemakan “Keluarga Saya”.
20
20

