Page 60 - Sejarah_Tahun 4_SK
P. 60
Tokoh Setempat
Tokoh setempat bermaksud individu yang banyak menyumbang jasa
dan bakti kepada komuniti. Mereka dikenali oleh penduduk setempat dan
biasanya memegang jawatan tertentu dalam komuniti.
Junaydie bin Sihan
• Dilahirkan pada 10 Julai 1977.
Beliau bertugas sebagai Ketua
Malim Gunung di Gunung
Kinabalu.
• Tugas beliau adalah untuk
menjaga keselamatan pendaki
serta membantu pihak Taman
Negara Kinabalu dalam
penjagaan alam sekitar.
• Menyampaikan ceramah
tentang tugas malim
gunung dan membantu
mempromosikan kawasan
ekopelancongan berasaskan
komuniti.
(Sumber: Junaydie bin Sihan)
Glosari
Cerdas Minda
Malim gunung: orang yang
bertugas sebagai penunjuk jalan Apakah maksud tokoh
semasa pendakian gunung. setempat?
Aktivis: orang yang terlibat dalam
sesuatu kegiatan secara aktif.
Nota Guru
52
52
52
Bimbing murid mengenali tokoh setempat di tempat tinggal.

