Page 74 - Sejarah_Tahun 4_SK
P. 74

Kesan Perubahan Zaman Air Batu

                            Akhir di Asia Tenggara


                  Perubahan yang berlaku pada Zaman Air Batu Akhir seperti pengglasieran,
                  perubahan iklim dan bentuk muka bumi turut memberikan kesan di Asia
                  Tenggara. Antara kesan tersebut termasuklah kenaikan paras air laut
                  di Pentas Sunda dan berlakunya pergerakan manusia dan haiwan.

                                                                                            Kenaikan
                     Tahukah Anda?                                                      paras air laut di
                                                                                         Pentas Sunda.
                  Asia Tenggara terdiri
                  daripada Malaysia,                  Kesan terhadap
                  Singapura, Brunei, Filipina,         Asia Tenggara
                  Indonesia, Thailand, Laos,                                                 Berlaku
                  Kemboja, Myanmar, Timor                                                  pergerakan
                  Leste dan Vietnam.                                                      manusia dan
                                                                                             haiwan.

                         Pentas Sunda ialah kawasan tanah luas
                    di Asia Tenggara yang menghubungkan daratan                 Kenaikan paras air laut
                     dengan kepulauan. Oleh itu, kedudukan Pentas                 telah mempengaruhi
                        Sunda mempengaruhi bentuk muka bumi                        bentuk muka bumi
                                 di rantau Asia Tenggara.                            Pentas Sunda.



                                                                  U








                                                                                         PENTAS
                                                                                         SUNDA














                 Kedudukan Pentas Sunda pada Epok                      Kedudukan Pentas Sunda selepas
                 Pleistosen.                                           Zaman Air Batu Akhir (Epok Holosen).
                                                                       (Sumber: Koleksi Prof. Dato’ Dr. Mokhtar bin Saidin)
                 66
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79