Page 12 - MODUL TAHUN 4 PAI
P. 12
AKTIVITI 6
Menghasilkan video penerangan hasil kerja penanda
buku yang disiapkan
Jom, kongsi pengalaman anda..
Apa kata kongsikan hasil kerja anda, jom hasilkan satu video. Ceritakanlah
pengalaman manis menghasilkan penanda buku cantik tu, jangan lupa
masukkan juga dalam rakaman video tu bacaan niat dan doa berbuka puasa.
Selamat mencuba.
PANDUAN KERJA
1. Hasilkan video menggunakan telefon pintar.
2. Persembahkan hasil kerja “ Penanda Buku “ yang telah anda siapkan.
3. Tunjukkan kepada rakan dan guru hasil kerja anda yang menarik.
4. Yakin dan berani untuk mempersembahkan hasil kerja anda.
5. Masukkan dalam rakaman bacaan niat puasa dan doa berbuka puasa
6. Hantarkan rakaman video kepada guru.
Cuba
rakam
Langkah mudah merakam video
1) Cari ikon untuk rakaman di menu kamera anda .
2) Mulakan rakaman video hingga selesai.
3) Mainkan video yang dirakam dan anda boleh edit menggunakan
aplikasi telefon masing-masing.
12

