Page 132 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 132
Bacaan Luas
Kenali Benteng Negara Kita
Angkatan Tentera Malaysia, atau singkatannya ATM, ialah pihak yang
bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.
ATM mempunyai tiga ketumbukan utama, iaitu Tentera Darat Diraja
Malaysia (TDM), Tentera dara Diraja Malaysia (T DM) dan Tentera Laut
Diraja Malaysia (TLDM). Tanggungjawab mempertahankan negara daripada
ancaman, pencerobohan dan serangan musuh dari dalam ataupun dari
luar negara merupakan tugas utama ATM.
TDM ialah pasukan yang paling besar dalam
ATM. Tugas tentera darat menjaga keamanan
negara di daratan. Dengan aset yang canggih
seperti kereta kebal, kereta perisai dan senjata
yang canggih serta moden, tentera darat berupaya
menangkis serangan musuh dengan pantasnya.
T DM pula bertanggungjawab untuk menjaga
kedaulatan negara daripada serangan musuh
melalui udara. T DM mempunyai kepakaran
dan kekuatan untuk menangkis pencerobohan
melalui ruang udara dengan tangkasnya. Aset
T DM seperti jet pejuang, peluru berpandu,
kapal terbang dan helikopter amat disegani oleh
musuh negara.
TLDM bertugas untuk menjaga keselamatan
perairan negara daripada ancaman musuh di
lautan. Di samping itu, pasukan ini juga mengawal
perairan negara daripada ancaman lanun dan
pendatang asing tanpa izin. TLDM mempunyai
kelengkapan seperti kapal perang, kapal selam,
kapal peluru berpandu dan bot penyelamat.
Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti bersyukur
dan berbangga kerana mempunyai angkatan
tentera yang berupaya untuk menjaga keamanan
negara dan kesejahteraan rakyat. Perajuritnya pula terlatih, berani dan
mempunyai semangat cinta akan negara yang padu. Mereka sanggup berkorban
demi negara Malaysia yang tercinta.
Sumber: Angkatan Tentera Malaysia
103

