Page 4 - MODUL KIMIA A+XPLOSIVE SPM (LATEST)
P. 4

+
                                                     SPM Chemistry A xplosive Module (Chemistry A Ticket For “U”)


                      Penghargaan   Letupan  Dari  Meja  Editor




                                              SUSAN CHIN SYUK MAN
                                             SM ALL SAINTS, KOTA KINABALU



                                                          Humble heart, open mind;
                                                          Practice more, never sigh;
                                                          Greatest life will be in line…




                                          Salam sejahtera dan Salam Letupan Kimia.

                                                   Salam Sabah Hebat!
                                            Katakan Tidak Kepada Nombor 16.

        Terlebih  dahulu  saya  memanjatkan  setinggi-tinggi  kesyukuran  ke  hadrat  Tuhan  kerana  dengan  limpah
                                       +
        kurnia-Nya, SPM Chemistry A xplosive Module (Chemistry A Ticket For “U”) hasil usaha sama Jabatan
        Pendidikan  Negeri  Sabah  dapat  diterbitkan.  Tujuan  utama  penerbitan  modul  ini  khasnya  bagi  membantu
        anak-anak didik kita yang mengambil subjek Kimia dalam menghadapi situasi yang penuh cabaran dalam
        norma baharu. Berdasarkan situasi masa kini yang tidak menentu, ia bukanlah menjadi satu alasan untuk kita
        tidak melakukan yang terbaik untuk mereka. Kimia merupakan satu tiket penting untuk anak-anak didik kita
        memasuki universiti seperti slogan modul ini Chemistry A Ticket For “U”.

               Modul ini diolah dan disusun mengikut tiga aras kesukaran soalan (Traffic Light) iaitu zon merah,
        kuning dan hijau. Setiap zon mengandungi soalan berbentuk SPM – Kertas 1, Kertas 2 dan Kertas 3. Item-
        item  KBAT  dan  rubrik  pemarkahan  berfokus  diselitkan  dalam  setiap  zon  modul  Kimia  ini.  Pendedahan
        maksimum kepada item-item berbentuk KBAT adalah amat penting memandangkan peratusan item KBAT
        di  dalam  peperiksaan  awam  meningkat  dari  setahun  ke  setahun.  Rubrik  jawapan  pula  membantu
        mendedahkan anak-anak didik kita dengan cara menjawab yang lebih berfokus dan berkesan. Justeru itu,
        modul  Kimia  ini  boleh  dijadikan  rujukan  kepada  pendidik  serta  murid  sebagai  persediaan  yang  amat
        berkesan untuk SPM 2020.

               Selain  itu,  modul  ini  menjadi  landasan  kepada  pendidik  dan  pihak  berkepentingan  untuk
        membangunkan  bahan  sokongan  kurikulum  secara  terancang  dan  berkesan.  Usaha  ini  selari  dengan
        pelaksanaan  inisiatif  KBAT  seperti  yang  terkandung  dalam  Anjakan  ke-empat  Pelan  Pembangunan
        Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk melahirkan murid yang berfikiran aras tinggi dan berdaya
        saing di peringkat global.

               Akhir kata, kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan modul ini, saya ingin merakamkan
        ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan idea, tenaga dan pengorbanan masa
        dalam  penyediaan  modul.  Segala  usaha  dan  jerih  perih  diharapkan  mendapat  balasan  setimpal  dengan
        meraih kejayaan anak-anak murid dalam menghadapi peperiksaan SPM yang akan datang. Sekian, terima
        kasih.









        Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah | 2020                                             3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9