Page 27 - Buku Garis Panduan EKSA KPM Versi 2.0 (1)
P. 27
BUKU PANDUAN EKSA KPM versi 2.0
vii. Status pergerakan pegawai (sekiranya perlu) dipamerkan di hadapan
di partition atau bilik pegawai.
viii. Senarai aset alih kerajaan (Kew-PA 7) dipaparkan di partition atau bilik
pegawai.
i) Siling
i. Siling berada dalam keadaan yang bersih dan baik.
ii. Label dan penunjuk arah yang bersesuaian disediakan.
iii. Sekiranya berlaku kerosakan, inisiatif/tindakan proaktif untuk
pembaikan segera perlu diambil.
j) Lampu dan soket
i. Pelan lampu/suis dipamerkan dengan jelas dan mudah difahami.
ii. Semua lampu perlu bersih, berfungsi dengan baik.
iii. Semua soket elektrik perlu berfungsi dengan baik.
iv. Sekiranya berlaku kerosakan, inisiatif/tindakan proaktif untuk
pembaikan segera perlu diambil.
k) Meja
i. Di bahagian atas meja
Satu (1) tray surat (jika ada) dan dilabelkan.
Satu (1) sudut mini dengan 5 barangan peribadi dibenarkan untuk
tapak hiasan (optional).
Telefon dan buku direktori (optional).
Fail-fail aktif/diari/organizer dan peralatan hendaklah disusun
dengan kemas dan teratur pada setiap masa.
27

