Page 12 - Modul Pendidikan Moral Tahun 4
P. 12

Pembelajaran 1


                 Nilai             Kepercayaan Kepada Tuhan

                 Standard          Amalan Ajaran Agama atau Kepercayaan Mengeratkan
                 Kandungan         Hubungan Sesama Jiran
                 Standard          1.1 Memberikan contoh amalan agama atau kepercayaan yang
                 Pembelajaran  dianuti oleh jiran.

                                   1.  Murid dapat memberikan sekurang-kurangnya tiga daripada
                 Objektif              lima contoh amalan agama atau kepercayaan yang dianuti
                 Pembelajaran
                                       oleh jiran.

                 Standard          Tahap Penguasaan 1
                 Prestasi          Menyatakan contoh amalan agama atau kepercayaan
                 Jangka Masa  30 minit



               Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)

                   1.  Bincangkan maksud Kepercayaan kepada Tuhan:
                    -  Maksud nilai daripada DSKP:

                           i.     Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi
                                  segala  ajaran  berlandaskan  pegangan  agama  atau  kepercayaan
                                  masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

                    2.  Bersoal jawab tentang contoh amalan atau kepercayaan yang dianuti oleh
                        jiran.
                    -  Dimanakah Ali bersembahyang?

                    3.  Menyatakan  contoh  contoh  amalan  atau  kepercayaan  yang  dianuti  oleh
                        jiran.
                    -  Ali bersolat lima waktu sehari dan membaca al-Quran.
                    -  Ranjit  Singh  bersembahyang  di  Gurdwara.  Dia  menutup  kepala  ketika

                        beribadat.

                    4.  Murid membuat Latihan Pentaksiran 1.










                                                                                                       12
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17