Page 122 - Modul Pendidikan Moral Tahun 4
P. 122
Pembelajaran 5
Nilai Kerajinan
Standard 11.0 Amalan Rajin dalam Hidup Berjiran.
Kandungan
Standard 11.5 Mengamalkan sikap rajin dalam hidup berjiran.
Pembelajaran
1. Murid dapat menyenaraikan amalan sikap rajin yang boleh
Objektif dilakukan berdasarkan gambar secara bertulis.
Pembelajaran 2. Murid dapat melaksanakan sekurang-kurangnya satu amalan
rajin yang disenaraikan di kawasan perumahan.
Tahap Penguasaan 5
Menghayati dan melaksanakan sikap rajin terhadap jiran dalam
Standard kehidupan harian.
Prestasi Tahap Penguasaan 6
Menghayati dan mengamalkan sikap rajin dalam hidup berjiran
secara tekal serta boleh dicontohi.
Jangka masa
pelaksanaan 1 hari
Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)
1. Untuk Latihan Pentaksiran 1, murid perlu berfikir aras tinggi untuk
menyenaraikan amalan yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan
masalah yang ada dalam gambar.
2. Selepas itu, murid perlu cuba melaksanakan sekurang-kurangnya satu
amalan yang disenaraikan dalam latihan tadi.
3. Pelaksanaan amalan tersebut boleh mengambil masa selama 1 hari atau
lebih. Ibu bapa membawa murid ke tempat yang sesuai, contohnya
kawasan padang atau kawasan lapang berhampiran kawasan perumahan.
4. Ambil gambar dan rakam video sewaktu murid melaksanakan amalan
tersebut. Gambar tersebut boleh dicetak dan ditampal pada bahagian
jawapan manakala video tersebut perlu disimpan sebagai bahan bukti
bahawa murid telah menguasai Tahap Penguasaan 5 dan 6.
5. Video tersebut juga boleh dihantar kepada guru mata pelajaran yang
mengajar murid.
122

