Page 144 - Modul Pendidikan Moral Tahun 4
P. 144
Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)
1. Untuk nilai kerjasama, ibu bapa diminta untuk merancang satu aktiviti
yang menjadikan murid sebagai orang utama untuk melaksanakan amalan
kerjasama.
2. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah mengadakan aktiviti
memasak bersama-sama. Jemput anak-anak jiran untuk bersama-sama
memasak dengan murid.
• Ibu bapa boleh bimbing dan ajarkan resepi memasak yang
mudah seperti membuat sandwic. Ibu bapa perlu pantau murid
dan anak-anak jiran sekiranya mereka menggunakan peralatan
tajam seperti pisau.
• Ambil gambar sewaktu murid dan anak-anak jiran sedang
bekerjasama untuk menyediakan makanan tersebut.
• Gambar tersebut ialah bahan bukti bahawa murid telah
mengamalkan sikap bekerjasama terhadap jiran dalam
kehidupan seharian.
• Selepas itu, sandwic yang telah siap boleh diberikan kepada
jiran.
3. Contoh aktiviti lain ialah:
• Membersihkan halaman rumah
• Mengutip sampah di kawasan perumahan
• Membina pintu gerbang ke kawasan perumahan.
• Membersihkan dewan kampung.
• Menghias balai raya untuk program-program kejiranan akan
datang.
• Menjaga anak kecil jiran bersama-sama.
• Menyusun meja dan kerusi di majlis jiran.
144

