Page 185 - Modul Pendidikan Moral Tahun 4
P. 185
Pembelajaran 5
Nilai Toleransi
Standard 14.0 Amalan Toleransi dalam Hidup Berjiran.
Kandungan
Standard 14.5 Mengamalkan sikap bertoleransi dalam hidup berjiran.
Pembelajaran
Objektif 1. Murid dapat mengamalkan sikap bertoleransi dalam hidup
Pembelajaran berjiran.
Tahap Penguasaan 5
Menghayati dan melaksanakan sikap bertoleransi terhadap
Standard jiran dalam kehidupan harian.
Prestasi Tahap Penguasaan 6
Menghayati dan mengamalkan sikap bertoleransi dalam hidup
berjiran secara tekal serta boleh dicontohi.
Jangka masa 30 minit
pelaksanaan
Aktiviti Pembelajaran (Manual untuk ibu bapa dan guru)
1. Untuk standard pembelajaran ini, murid diharapkan dapat menunjukkan
tingkah laku bertoleransi terhadap jiran.
• Contoh amalan ialah seperti memberikan peluang kepada jiran yang
lebih berusia untuk duduk berehat di kerusi taman, bersabar apabila
berlaku perselisihan faham dengan anak jiran sewaktu bermain
dengan mereka dan sebagainya.
• Sekiranya anak berjaya menunjukkan amalan bertoleransi, kemudian
selepas selesai, dia menunjukkan ekspresi muka gembira dan berpuas
hati, maka dia telah melaksanakan standard pembelajaran ini serta
mencapai objektif pembelajaran.
2. Selain itu, anak / murid juga boleh membuat latihan pentaksiran 5.
185

