Page 209 - Modul Pendidikan Moral Tahun 4
P. 209
Latihan Pentaksiran 3
A) Lengkapkan lirik lagu
Tajuk lagu: Kisah Anak Jiranku
Ini kisah anak jiranku,
Jujur jadi pegangan,
Bercakap benar, amanah, ikhlas,
Dalam perlakuan terhadap jiran.
Suatu hari dia terjumpa duit,
Di depan rumah jiran,
Terus pulangkan pada tuannya,
Ikhlas tanpa mengharapkan balasan.
Apabila balik ke kampung,
Jiran serah kuncinya,
Jaga rumah dengan amanah,
Agar rumah sentiasa selamat.
Anak jiran bercakap benar,
Dalam semua perkara,
Ceritakan dengan penuh jujur,
Agar hubungannya semakin mesra.
B) Senarai tiga manfaat bersikap jujur
1. Rumah jiran selamat.
2. Hubungan dengan jiran semakin mesra.
3. Dipercayai oleh jiran.
Aktiviti Tambahan 1
1. Rumah jirannya selamat dengan tindakan Adli itu.
2. Wang kutipan daripada ahli persatuan dijaga oleh Kumar dengan penuh
amanah dan penduduk mempercayanya.
209

