Page 117 - Modul PdPR SAINS Tahun 3
P. 117
.
AKTIVITI KETUMPATAN
Pengenalan
Ketumpatan didefinisikan sebagai nilai jisim per isipadu sesuatu
bahan
Ketumpatan dipengaruhi oleh 2 faktor, iaitu:
i) Jisim bahan
ii) Isipadu bahan
Aktiviti 1:
Terapung / Tenggelam
Langkah-langkah:
1. Sediakan objek berikut:
Contohnya: tin minuman, botol air mineral, buah-buahan
(epal/oren/dll), plastisin, polisterin, bongkah kayu, bebola besi, alat
tulis dsb.
2. Masukkan objek ke dalam air
3. Rekodkan objek mana yang tenggelam & objek yang timbul
4. Murid mencari maklumat untuk bagaimana cara mahu tenggelamkan
objek yang timbul / apungkan objek yang tenggelam.
Contoh: bagaimana nak tenggelamkan buah oren / polisterin &
bagaimana nak apungkan plastisin
sumber rujukan: Nilam Publication sdn. bhd.
117

