Page 3 - Modul PdPR SAINS Tahun 3
P. 3

Pengenalan





               Pandemik Covid 19 yang melanda negara yang semakin meningkat pada awal tahun
               2021 ini menyebabkan penutupan sekolah di seluruh negara. Warga pendidik dan pihak

               pengurusan pentadbiran mencari alternatif agar Sistem Pendidikan tidak lumpuh.




                   •  Oleh  itu  modul  Pengajaran  dan  Pembelajaran  di  rumah(PdPR)    dibangunkan

                       bertujuan untuk membantu guru melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di

                       Rumah sebagai norma baharu. Ibubapa atau penjaga perlu memainkan peranan
                       penting bagi memastikan modul yang diberikan ini dibuat oleh anak-anak mereka.



                   •  Modul ini khas untuk murid tahun 3 yang bersesuaian dengan tajuk yang diajar.

                       Lembaran atau aktiviti  yang  dibuat  adalah  selaras dengan  Kurikulum  Standard

                       Sekolah Rendah (KSSR) SAINS Tahun 3. Melalui lembaran atau aktiviti , guru
                       dapat membuat pentaksiran seterusnya boleh dijadikan evidens dalam pengisian

                       Pentaksiran.

                   •  Modul  dibina  berasaskan  empat  daripada  enam  tema  yang  terkandung  dalam

                       Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sains Tahun 3 ; Sains
                       Hayat, Sains Fizikal, Sains Bahan dan Teknologi dan Kehidupan Lestari , yang

                       boleh  digunapakai  semasa  PdPR    mahupun  PdP  secara  bersemuka  kelak  .

                       Diharapkan  modul  ini  dapat  memberi  manfaat  kepada  sesiapa  yang
                       menggunakannya.












                                                              3
   1   2   3   4   5   6   7   8