Page 120 - MODUL BIOLOGI EXCELL SPM
P. 120

MODUL BIOLOGI EXCELL SPM


             10.    Rajah dibawah menunjukkan keratan memanjang testis


















                    Apakah akan berlaku jika struktur X dipotong dan diligasi?

                    A   Spermatogenesis direncat
                    B   Tiada testosterone dihasilkan
                    C   Sperma tidak dibebaskan
                    D   Ciri ciri seks sekunder lelaki itu berubah


             11.    Seorang wanita mempunyai uterus yang lemah semasa kehamilannya. Rawatan manakah
                    yang dapat mengatasi masalah itu?

                    A   Suntikan oksitoksin
                    B   Suntikan prolactin
                    C   Suntikan progesterone
                    D   Suntikan hormon perangsang folikel (FSH)


             12.    Diagram dibawah menunjukkan perkembangan bagi suatu organisma

                           Zigot → Morula → Z → Embrio

                    Apakah Z ?

                     A    Fetus                         B    Korion
                     C    Blastosista                   D    Trofoblas



             13.    Seorang perempuan membebaskan dua oosit sekunder dari ovari semasa satu kitar haid

                    Apakah jenis kembar yang mungkin dihasilkan?

                    A   Kembar siam
                    B   Kembar seiras
                    C   Kembar tak seiras
                    D   Tiada pembentukan kembar



             Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah | 2020                                  119
   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125