Page 138 - MODUL BIOLOGI EXCELL SPM
P. 138
MODUL BIOLOGI EXCELL SPM
3. Antara bahan kimia berikut, yang manakah mutagen?
I Benzena II Nitrus oksida
III Karbon monoksida IV Karbon tetraklorida
A I dan II B I dan IV
C II dan III D III dan IV
4. Dua kembar seiras mempunyai saiz badan yang berbeza.
Apakah faktor yang menyebabkan situasi itu?
A Interaksi di antara faktor genetik dan persekitaran
B Genotip yang berbeza
C Persekitaran yang berbeza di mana mereka dibesarkan
D Persaingan
5. Antara yang berikut, yang manakah tidak menyebabkan variasi
A Pindah silang B Persenyawaan rawak
C Pemisahan kromatid beradik D Penyusunan kromosom secara rawak
6. Seorang budak perempuan mengidap penyakit anemia sel sabit.
Apakah yang menyebabkan penyakit ini?
A Perubahan struktur gen B Kehilangan darah semasa haid
C Kekurangan ferum dalam gizi D Pengurangan bilangan kromosom
7. Pasangan bes bernitrogen manakah yang betul dalam molekul DNA?
A Adenina dengan guanina B Adenina dengan timina
C Guanina dengan timina D Sitosina dengan timina
8. Pernyataan manakah betul mengenai variasi tak selanjar?
A Ia merupakan variasi kuantitatif
B Ketinggian ialah suatu contoh
C Ciri-ciri dalam variasi ini tergolong dalam kategori-kategori yang ketara
D Ia dipengaruhi oleh faktor genetik dan persekitaran
Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah | 2020 137

