Page 19 - MODUL BIOLOGI EXCELL SPM
P. 19

MODUL BIOLOGI EXCELL SPM


               7    Rajah menunjukkan pertukaran gas dalam alveolus.

                                                   Alveolus




                                                 E
                                           D

                                                               Kapilari darah



                    Yang manakah antara proses berikut berlaku dalam pertukaran gas D dan gas E ?

                    A      Osmosis                      B      Resapan ringkas
                    C      Pengangkutan aktif           D      Resapan berbantu


               8    Rajah menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji pergerakan molekul air merentasi
                    satu membran separa telap dari A ke B.


                                           Membran separa telap



                                                                                  Molekul air
                                                                                  Molekul
                                                                                  sukrosa


                                 Awal eksperimen          Akhir eksperimen



                    Antara berikut, yang manakah benar tentang pergerakan molekul air pada akhir
                    eksperimen ?

                    A     Kadar resapan molekul air dari A ke B lebih tinggi berbanding kadar resapan
                            molekul air dari B ke A
                    B     Kadar resapan molekul air dari B ke A lebih tinggi berbanding kadar resapan
                            molekul air dari A ke B
                    C     Tiada molekul air meresap masuk dari A ke B
                    D     Kadar resapan molekul air dari A ke B dan dari B ke A adalah sama


               9    Seorang suri rumah mendapati hirisan timun menjadi lembik apabila direndam dalam
                    larutan garam. Proses manakah yang menyebabkan hirisan timun itu menjadi lembik ?

                    A      Air meresap masuk ke dalam hirisan timun secara osmosis
                    B      Air meresap keluar dari hirisan timun secara osmosis
                    C      Garam memasuki hirisan timun secara pengangkutan aktif
                    D      Garam keluar dari hirisan timun secara pengangkutan aktif


             Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah | 2020                                   18
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24