Page 4 - MODUL BIOLOGI EXCELL SPM
P. 4

MODUL BIOLOGI EXCELL SPM


                                Apresiasi Setinggi Gunung Kinabalu Dari Meja Editor





                                                        WINDRALELA BINTI WAININ
                                                        SMKA Mohamad Ali, Ranau



                                                                        “Work hard in silence.

                                                                   Let your success be your noise”




             Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera..

             Salam Sabah Hebat!
             Katakan tidak kepada nombor 16.

             Terlebih dahulu saya memanjat setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT
             kerana dengan limpah kurnia-Nya, MODUL EXCELL BIOLOGI SPM hasil usaha sama
             Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dapat diterbitkan. Modul ini dibuat bagi membantu anak-anak
             didik khususnya yang mengambil elektif Biologi dalam menghadapi situasi yang penuh cabaran
             dalam norma baharu. Berdasarkan situasi masa kini yang tidak menentu, ia bukanlah menjadi
             satu alasan untuk kita tidak membuat yang terbaik untuk mereka. Modul ini diolah dan disusun
             mengikut aras kesukaran soalan untuk setiap bab dalam subjek Biologi. Pendedahan maksimum
             kepada item-item berbentuk KBAT adalah amat penting memandangkan peratusan item KBAT di
             dalam peperiksaan awam meningkat dari setahun ke setahun. Justeru ia boleh dijadikan rujukan
             kepada pendidik serta murid dalam menjawab item-item KBAT.

                    Selain itu, modul ini menjadi landasan kepada pendidik dan pihak berkepentingan
             untuk membangunkan bahan sokongan kurikulum secara terancang dan berkesan. Usaha
             ini selari dengan pelaksanaan inisiatif KBAT seperti yang terkandung dalam Anjakan ke-4
             Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk melahirkan murid yang
             berfikiran aras tinggi dan berdaya saing di peringkat global.

                    Akhir kata, kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan modul ini, saya ingin
             merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan idea,
             tenaga dan pengorbanan masa dalam penyediaan modul. Segala usaha dan jerit perih
             diharapkan mendapat balasan setimpal dengan meraih kejayaan anak-anak murid dalam
             menghadapi peperiksaan SPM yang akan datang.

             Sekian. Cintailah Biologi. Aplikasikan Bio dalam kehidupan.




             Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah | 2020                                    3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9