Page 92 - MODUL BIOLOGI EXCELL SPM
P. 92
MODUL BIOLOGI EXCELL SPM
BAB 1 PENGANGKUTAN
SOALAN OBJEKTIF
1. Antara sel darah berikut, yang manakah tidak mempunyai nukleus?
A Monosit
B Eritrosit
C Granulosit
D Limfosit
2. Rajah 1 menunjukkan urutan dalam satu proses yang dilakukan oleh leukosit
bakteria
Rajah 1
Apakah proses tersebut?
A Lisis B Fagositosis
C Aglutinasi D Peneutralan
3. Pernyataan berikut adalah ciri-ciri darah yang diangkut oleh suatu salur darah dalam badan
manusia.
Kepekatan oksigen yang tinggi
Kepekatan karbon dioksida yang rendah
Tekanan darah tinggi
Apakah salur darah tersebut ?
A Aorta B Vena kava
C Arteri pulmonari D Vena pulmonari
4. Antara pernyataan berikut yang manakah benar mengenai sel darah?
Sel darah Keterangan
A Eritrosit Berbentuk dwicengkung supaya boleh berubah bentuk semasa
melalui kapilari darah
B Platlet Tanpa nukleus dan terlibat dalam mekanisme pembekuan darah
C Monosit Dihasilkan di sumsum tulang dan menghasilkan antibodi untuk
memusnahkan pathogen
D Neutrofil Tanpa granul dan memusnahkan patagen secara fagositosis
Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah | 2020 91

