Page 5 - MODUL VACCINE ScA+ (DOS2)
P. 5
PENGENALAN: MODUL VACCINE ScA (DOS2)
+
Objektif utama penghasilan modul ini adalah untuk membantu guru mengukuhkan
penguasaaan konsep Sains pelajar serta membantu pelajar menguasai Teknik
Menjawab Soalan 11(b) dan 12(b) dalam Kertas 2 Bahagian C.
Pengukuhan kefahaman konsep Sains akan dapat membantu pelajar memperoleh
markah yang lebih tinggi bagi soalan Kertas 2 Bahagian B
Modul ini mengandungi dua bahagian iaitu:
(a) Bahagian A: Koleksi Soalan Kertas 2 Sains SPM Tahun-Tahun Lepas
(Bahagian B)
Bahagian ini mengandungi soalan-soalan SPM Tahun-Tahun Lepas bagi Kertas
2 Bahagian B yang di susun secara topikal mengikut Tingkatan, bermula
daripada tahun 2005 hingga tahun 2019.
(b) Bahagian B: Koleksi Soalan Kertas 2 Sains SPM Tahun-Tahun Lepas
[Bahagian C Soalan 11(a) dan 12(a)]
Bahagian ini mengandungi soalan-soalan SPM Tahun-Tahun Lepas bagi Kertas
2 Bahagian C Soalan 11(a) dan 12(a) yang disusun secara topikal mengikut
Tingkatan. Pada akhir bahagian ini, set soalan pengayaan secara topikal juga
disertakan sebagai latihan tambahan kepada pelajar.
(c) Bahagian C: Koleksi Soalan Kertas 2 Sains SPM Tahun-Tahun Lepas
[Bahagian C Soalan 11(b) dan 12(b)]
Bahagian ini mengandungi soalan-soalan SPM Tahun-Tahun Lepas bagi Kertas
2 Bahagian C Soalan 11(b) dan 12(b) yang disusun secara topikal mengikut
Tingkatan. Soalan-soalan tersebut juga dibahagikan kepada tiga bentuk
soalan yang sering digunakan iaitu Membina Konsep, Penyelesaian Masalah
dan Membuat Keputusan. Ruang jawapan yang disediakan dapat menjadi
panduan kepada pelajar untuk menguasai teknik menjawab bagi setiap bentuk
soalan tersebut. Pada akhir bahagian ini, set soalan pengayaan secara topikal
juga disertakan sebagai latihan tambahan kepada pelajar.
Modul ini sesuai digunapakai oleh semua pelajar dari pelbagai aras. Diharap
melalui penggunaan modul ini akan dapat membantu meningkatkan prestasi
pencapaian mata pelajaran Sains di peringkat sekolah khususnya dan di negeri
Sabah amnya.
(iv)

