Page 18 - 1001 Sejarah Tahun 6
P. 18
J Namakan tokoh-tokoh inspirasi sukan negara berdasarkan maklumat berikut. TP5
B.Teks Ms 154 − 155
Maklumat Tokoh Inspirasi Sukan
1. • Atlet badminton perseorangan negara.
• Pernah memenangi pingat emas Sukan SEAP (1965),
emas Sukan Komanwel (1966) dan membantu Malaysia
memenangi Piala Thomas 1967.
• Juara perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Terbuka
All England 1966.
©PAN ASIA PUBLICATIONS
2. • Digelar sebagai “Manusia Terpantas Asia”.
• Memenangi emas dalam acara 100 meter, 200 meter dan
4 x 400 meter dalam Sukan Asia Bangkok 1966.
• Pernah mewakili negara dalam Sukan Olimpik pada tahun
1960, 1964 dan 1968.
3. • Pernah terlibat dalam sukan polo air negara.
• Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA (1999).
• Ahli Kehormat Persekutuan Sukan SEA (2002)
4. • Atlet olahraga negara.
• Pernah memenangi pingat emas Sukan Asia Bangkok
1966, empat pingat emas di Sukan SEAP 1965 dan 1967.
5. • Legenda bola sepak negara.
• Berjaya menjaringkan sebanyak 89 gol di peringkat
antarabangsa.
• Membantu menjuarai Piala Kejohanan Pestabola Merdeka
pada tahun 1973, 1974 dan 1976.
K Jika anda ingin menjadi atlet negara, apakah persiapan yang perlu dilakukan?
TP6 KBAT
Standard Pembelajaran
12.3.4 Menghubungkaitkan tokoh-tokoh sukan negara terdahulu yang memberi inspirasi kepada sukan masa kini.
K12.3.7 Menghuraikan kepentingan nilai sahsiah dan etika dalam mempamerkan semangat kesukanan.
Tahap Penguasaan
Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang
87

