Page 4 - 1001 A+ Bank Soalan Tatabahasa Tahun 5
P. 4
1 Kata Nama Am
Nota Ringkas
©PAN ASIA PUBLICATIONS
Kata Nama Am
1 Kata nama am ialah kata nama yang merujuk kepada sesuatu secara umum dan
ditulis dengan huruf kecil kecuali pada permulaan ayat.
Kategori Kata Nama Kata Nama Am
Hidup murid, doktor, jutawan, penduduk, gajah, ibu, harimau,
kucing, pokok, malaikat
Tak hidup awan, meja, jalan, bangunan, buku, kampung, negeri
Kata nama am
Tak hidup Hidup
Bukan institusi Institusi
Konkrit Abstrak
2 Kata nama tak hidup bukan institusi abstrak terbahagi kepada dua, iaitu kata nama am
tak hidup bukan institusi berbilang dan kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak
tak berbilang.
3 Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang boleh didahulukan dengan
kata bilangan misalnya, beberapa pukulan, dua buah rancangan, banyak galakan dan
sebagainya.
4 Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang tidak boleh dibilang dan
tidak boleh disertai dengan kata bilangan misalnya, angin, kesungguhan, kecantikan
dan sebagainya.
1

