Page 13 - Buku Aktiviti Bahasa Melayu 4B SJKC
P. 13

Soalan 16 hingga 20
        Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.











                  Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan
                   ©PAN ASIA PUBLICATIONS
           hakim yang arif lagi bijaksana, guru besar, guru-guru dan para hadirin. Pada
           pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk “Faedah
           Mengikuti Kelas Tambahan di Sekolah”.


           Hadirin sekalian,
                  Murid-murid sekolah digalakkan mengikuti kelas tambahan di sekolah
           kerana banyak faedah yang diperoleh apabila mereka mengikuti kelas sebegini.
           Faedah yang ketara apabila seseorang murid itu mengikuti kelas tambahan
           ialah pemahaman mereka terhadap pelajaran akan menjadi semakin kukuh
           terutamanya bagi murid yang lemah dalam sesuatu pelajaran.
                  Selain itu, melalui kelas tambahan, guru boleh memberikan latihan
           tambahan yang dapat meningkatkan keupayaan murid itu untuk menjawab
           soalan. Kaedah ini juga dikenali sebagai latih tubi yang turut memberikan satu
           pengalaman yang berulang-ulang kepada murid-murid.
                  Pengalaman menjawab soalan yang dialami di dalam kelas tambahan
           berupaya memberikan keyakinan kepada murid tersebut semasa menghadapi
           peperiksaan. Mereka yang sudah banyak kali membuat soalan yang hampir
           serupa berasa yakin untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan
           tenang dan tepat.
                  Kelas tambahan juga dapat memastikan murid-murid memanfaatkan masa
           dengan aktiviti yang berfaedah. Kelas tambahan yang diadakan selepas waktu
           persekolahan dapat mengelakkan murid-murid daripada terbabit dalam gejala
           yang tidak sihat seperti melepak dan menghabiskan masa menonton televisyen.
                  Kesimpulannya, murid-murid sekolah perlu digalakkan mengikuti kelas
           tambahan. Namun, jumlah kelas tambahan yang dihadiri oleh murid-murid juga
           harus dikawal supaya mereka tidak menghabiskan sepanjang masa dengan
           menghadiri kelas tambahan sahaja. Memandangkan masa tidak mengizinkan
           saya untuk terus berkata-kata, biarlah saya mengundurkan diri dahulu.
           Sekian, terima kasih.













       52
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18