Page 19 - Buku Aktiviti Bahasa Melayu 4B SJKC
P. 19

Soalan 25
        Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

                                                                       23, Kampung Tok Uban,
                                                                       08200 Sik, Kedah.

                                                                       21 Mei 2020.
        Menemui sahabatku, Haziqah, yang berada di Alor Setar. Semoga saudari berada
        dalam keadaan sihat sejahtera.
                   ©PAN ASIA PUBLICATIONS
        Saudari,
               Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengajak saudari datang ke rumah
        saya pada musim cuti sekolah yang akan datang ini.
               Untuk pengetahuan saudari, buah-buahan di kebun ayah saya sedang masak
        dan buahnya sungguh menjadi pada tahun ini. Ayah saya telah menjual sebahagiannya
        sahaja. Selebihnya ditinggalkan untuk keluarga dan sahabat handai.
               Saya berharap saudari tidak keberatan untuk datang ke rumah saya. Kalau
        saudari sudi, ajaklah keluarga serta kawan-kawan saudari datang bersama-sama.
        Saya berharap agar saudari dapat memberitahu saya keputusan dengan secepat
        yang mungkin. Saya akan menunggu kedatangan saudari.
               Sampai di sini sahaja yang sempat saya tuliskan. Akhir kata, sambutlah salam
        mesra daripada saya untuk saudari sekeluarga.
               Sekian, terima kasih.
                                                                       Yang benar,
                                                                       Asmah



        (a)  Rakan Asmah, iaitu Haziqah berasal dari negeri                                      .
                                                                                      [1 markah]

        (b)  Mengapakah Asmah menulis surat kepada Haziqah?





                                                                                      [2 markah]

        (c)  Selain dijual dan dimakan sendiri, buah-buahan tempatan juga dapat dijadikan
             produk untuk dikomersialkan. Pada pendapat kamu, apakah faedah-faedah jika
             kita membuat pelbagai jenis produk berasaskan buah-buahan?
             Jawapan kamu hendaklah dalam ayat yang lengkap.








                                                                                      [3 markah]
                                          BAHAGIAN B TAMAT
       58
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24