Page 13 - Buku Aktiviti Sejarah Tahun 6 SK
P. 13

Nama:                                       Kelas:           Tarikh:

            Lembaran        20 UNIT 3:  Rukun Negara                         TAJUK 10: Negara Malaysia

                                                                                          Buku Teks m.s. 44 – 46


                                                                        Tahukah Anda?
              10.3.3   Menjelaskan peranan Rukun Negara dalam           Jati diri bermaksud ciri-ciri
                       kehidupan seharian.                              yang dimiliki oleh individu
              K10.3.5  Menerangkan kepentingan mengamalkan matlamat     yang dapat membentuk
                       dan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan.        identiti, perwatakan dan
                                                                        keperibadian yang unggul.
                    ©PAN ASIA PUBLICATIONS
             Berdasarkan amalan berikut, nyatakan prinsip Rukun Negara yang betul.  TP 3

               A    Kepercayaan kepada Tuhan                     D   Kedaulatan Undang-undang

               B    Kesetiaan kepada Raja dan Negara             E   Kesopanan dan Kesusilaan


               C    Keluhuran Perlembagaan

              Bil                        Kehidupan seharian                            Rukun Negara

               1. Rakyat bebas menganuti agama dan kepercayaan masing-
                   masing.
               2. Kita mengibarkan Jalur Gemilang semasa sambutan Hari
                   Keputeraan Sultan.
               3. Walaupun kawan karib saya melakukan kesalahan, saya
                   tetap melaporkan kesalahannya kepada cikgu.
               4. Pegangan agama yang teguh menyempurnakan kehidupan
                   saya.

               5. Saya menyambut dengan mesra tetamu-tetamu yang
                   berkunjung ke rumah saya.
               6. Kita harus menjauhi perbuatan yang menyalahi undang-
                   undang negara seperti mencuri dan menagih dadah.
               7. Kita hendaklah menerima, mematuhi dan mempertahankan
                   kemuliaan perlembagaan.

               8. Setiap warganegara Malaysia harus memberi taat setia
                   kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama
                   Negara.

               9. Kita tidak harus melakukan perbuatan yang boleh
                   mencemarkan nama baik negara.
              10. Menghormati agama dan kepercayaan kaum lain
                   membolehkan rakyat berbilang kaum hidup aman dan
                   damai.
                                                               Standard Prestasi:
                                                                             Tahap Penguasaan
                                                                  1      2      3      4     5      6
            30
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18