Page 17 - Buku Aktiviti Bahasa Melayu 4A SJKC
P. 17
(d) Banjir yang melanda sesebuah kawasan menyebabkan banyak kemusnahan.
Apakah bentuk bantuan yang boleh dihulurkan kepada mangsa-mangsa banjir?
[3 markah]
©PAN ASIA PUBLICATIONS
Soalan 25
Puan Anne mempunyai banyak akhbar lama. Puan Anne belum sempat
menghantar akhbar-akhbar lama itu ke pusat kitar semula. Puan Anne berhajat
untuk membuat kraf tangan dengan menggunakan akhbar-akhbar lama itu. Dengan
demikian, Puan Anne dapat menghasilkan barangan baharu daripada akhbar-akhbar
lama tersebut. Puan Anne boleh membuat bakul, pasu bunga, bingkai gambar dan
tudung saji.
Hasilnya, Puan Anne dapat mengasah bakatnya dalam pembuatan kraf tangan.
Selain itu, Puan Anne dapat menambahkan pendapatan dengan menjual barangan
kraf tangan yang dihasilkan.
(a) Puan Anne mempunyai banyak .
[1 markah]
(b) Mengapakah Puan Anne berhajat menghasilkan kraf tangan daripada
akhbar-akhbar lama?
[2 markah]
(c) Selain menambahkan pendapatan dengan menjual barangan kraf tangan,
pelbagai faedah lain yang diperoleh dengan memanfaatkan seni kraf tangan.
Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah tersebut?
Jawapan kamu hendaklah dalam ayat yang lengkap.
[3 markah]
BAHAGIAN B TAMAT
59

