Page 19 - Bahagian A - 1001 Penulisan Tahun 6
P. 19

Persada Seni Lambang

                   14 14                                     Jati Diri




                                                                     Tema 5: Kebudayaan, Kesenian dan Estetika

               Dua rangkap pantun di bawah adalah berkenaan sempena majlis meraikan “Raja
               Sehari.” Pantun tersebut menggambarkan kemeriahan majlis yang disambut secara
               tradisional. Berdasarkan situasi majlis, ceritakan pengalaman kamu menghadiri satu
                      ©PAN ASIA PUBLICATIONS
               majlis perkahwinan.
               Tulis cerita kamu itu selengkapnya.
               Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.


                  Ramai orang datang bertandang,                 Bunga telur berwarna kuning,
                  Juadah disaji enak sekali,                     Tetamu merenjis tua dan muda,
                  Paluan kompang telah berkumandang,  Atas pelamin duduk bersanding,
                  Untuk merai dua sejoli.                        Bagaikan pinang dibelah dua.


               Rangka Karangan

               Pendahuluan:
               cuti sekolah – menghadiri majlis perkahwinan – diadakan di kampung – sanak saudara
               membantu

               Isi:
               1.  majlis perkahwinan sepupu – sehari sebelum – bergotong-royong
               2.  hari bersejarah – membawa hadiah – juadah – membantu menyerahkan bunga
                   telur
               3.  pengantin tiba – bagai pinang dibelah dua – bergambar bersama pengantin
               4.  sanak saudara – mengemas – membersihkan kawasan – berganding bahu

               Penutup:
                 penat – sangat seronok – mengeratkan hubungan – berharap – dapat diadakan –
               masa hadapan

                 Kosa kata

                     juadah       kuih
                 berganding bahu  bekerjasama


















                68
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23