Page 5 - 1001 A+ Bank Soalan Penulisan Tahun 4
P. 5

Bahagian A


                                     Memindahkan Maklumat





              1.  Soalan  Bahagian A ialah soalan  Memindahkan Maklumat. Soalan ini berbentuk
                   soalan bergambar.

                      ©PAN ASIA PUBLICATIONS
              2.  Murid dikehendaki membina lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar. Tiada had
                   bilangan perkataan tetapi terhad untuk lima ayat sahaja.

                Panduan Menjawab


              1.  Baca arahan soalan dengan teliti dan fahami kehendak soalan.

              2.  Garis kata kunci yang terdapat dalam arahan soalan, sama ada dikehendaki menyatakan
                   cara-cara, faedah-faedah, kebaikan-kebaikan, situasi, aktiviti dan sebagainya.

              3.  Berikut merupakan contoh arahan soalan.

                      Soalan UPSR 2019
                                                         Kata kunci soalan
                     Gambar di bawah menunjukkan situasi di dalam zoo.
                     Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut.


              4.  Teliti gambar secara keseluruhan. Bulatkan  perbuatan yang terdapat pada gambar
                   yang diberikan.

              5.  Bina ayat yang gramatis berdasarkan kata kunci.

              6.  Elakkan menulis ayat tentang perkara yang tidak terdapat dalam gambar tetapi
                   ayat tersirat boleh digunakan.

              7.  Ayat yang ditulis perlu dikembangkan dengan sempurna menggunakan kata hubung
                   atau penanda wacana.
              8.  Murid boleh memberikan watak pada gambar.


                Kriteria Pemarkahan


              Untuk mendapat markah cemerlang (9-10 markah), anda perlu:

              (a)   Mempunyai lima idea yang menepati rangsangan grafik.
              (b)   Membina ayat majmuk dan gramatis (menulis antara 8 hingga12 patah perkataan).

              (c)   Menggunakan kosa kata yang luas dan tepat.
              (d)   Tiada kesalahan ejaan dan tanda baca.






                                                                                                            1
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10