Page 12 - 1001 A+ Bank Soalan Penulisan Tahun 5
P. 12
Kerjasama Eratkan
2 Hubungan
Tema: Kemasyarakatan
Jiran ialah individu yang menetap berhampiran dengan tempat tinggal kita.
Berdasarkan petikan di bawah, tulis ulasan tentang kepentingan semangat kejiranan
dalam bentuk perenggan.
©PAN ASIA PUBLICATIONS
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.
SEMANGAT KEJIRANAN
Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Kini, semangat
kejiranan semakin pudar. Kesibukan hidup menyebabkan masyarakat kini
“bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”.
Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk
mengembalikan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat? Marilah
kita sama-sama menyemarakkan semangat kejiranan agar amalan ini tidak
ditinggalkan. Salah satunya adalah dengan aktiviti gotong-royong. Secara tidak
langsung, manfaat gotong-royong dapat dinikmati oleh penduduk setempat.
Majlis rumah terbuka juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim
sesama kita. Dalam majlis sebegini, para penduduk lazimnya akan bekerjasama
menyediakan pelbagai juadah yang dapat dinikmati oleh semua orang tidak
kira kaum, bangsa dan agama.
Semangat kejiranan juga boleh dipupuk melalui aktiviti ziarah-menziarahi
jiran tetangga. Aktiviti ini boleh dilakukan, terutamanya apabila jiran menghadapi
kemalangan atau menerima cahaya mata baharu.
Secara tuntasnya, sama-samalah kita menghidupkan kembali semangat
kejiranan di tempat tinggal kita. Sentiasalah kita bersedia membantu jiran tidak
kira pada waktu susah atau senang.
29

