Page 20 - 1001 A+ Bank Soalan Penulisan Tahun 5
P. 20
11 Meraikan Penyatuan
Tema: Perpaduan
Perayaan Sambutan Bulan Kemerdekaan diadakan pada 31 Ogos setiap tahun.
Tuliskan sebuah karangan tentang sambutan Bulan Kemerdekaan di sekolah kamu.
Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.
©PAN ASIA PUBLICATIONS
Rangka Karangan
Pendahuluan:
sambutan peringkat sekolah pada 16 Ogos hingga 16 September – pelbagai acara
berlangsung – menyuntik semangat patriotik dalam kalangan murid
Isi:
1. perarakan kemerdekaan – perbarisan unit beruniform
2. pemasangan bendera gergasi – bangunan sekolah
3. pertandingan mewarna, pakaian beragam – murid Tahap Satu – pertandingan
mendeklamasikan sajak patriotik – murid Tahap Dua
4. pertunjukan basikal berhias – dihias dengan bendera dan hiasan-hiasan cantik
Penutup:
seronok dapat menyambut Bulan Kemerdekaan – program seumpama ini dapat
diteruskan – memupuk semangat cinta akan negara
Kosa kata
patriotik perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air
penjajah bangsa atau negara yang menjajah negara lain
65

