Page 14 - KOPERASI MAJLIS GURU BESAR PERLIS (1)
P. 14

Hilang kelayakan sebagai anggota
                       20.   Seseorang anggota akan hilang kelayakannya sebagai anggota jika dalam tempoh menjadi
                            anggota, dia—
                                 (a)   tidak upaya dari segi mental;
                                 (b)   diisytiharkan bankrap;
                                 (c)   disabitkan atas kesalahan boleh daftar; atau
                                 (d)   dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta.

                       Terhenti menjadi anggota
                       21.     (1)   Keanggotaan seseorang anggota terhenti atas sebab berikut;
                                  (a)     mati
                                  (b)     menarik diri menurut undang-undang kecil 22; atau
                                  (c)      ditamatkan keanggotaan menurut undang-undang kecil 23.

                                  (2)       Lembaga hendaklah memecat daripada keanggotaan seseorang yang—
                                      (a)      didapati membuat akuan palsu menurut fasal (1) undang-undang kecil 14;
                                                    (b)      hilang kelayakan sebagai anggota menurut undang-undang kecil 20; atau
                                                    (c)       terhenti keanggotaan menurut perenggan (c) fasal (1).

                       Menarik diri
                       22.     (1)     Seseorang  anggota  boleh menarik  diri  daripada  Koperasi  ini  dengan memberi
                                  notis  bertulis  enam  bulan  terlebih  dahulu  kepada  Lembaga.  Atas  sebab  yang
                                  munasabah, Lembaga boleh membenarkan penarikan diri dalam tempoh yang
                                  singkat.

                                  (2)   Melainkan  tarikh  lebih  awal  dipersetujui  oleh  Lembaga,  maka  keanggotaan
                                  anggota itu hendaklah terhenti hanya pada hari genap tempoh notisnya.

                                  (3)   Dalam tempoh notis itu, anggota yang demikian hendaklah masih mempunyai
                                  hak, kewajipan dan liability sebagai seorang anggota.

                       Penggantungan dan penamatan anggota
                       23.      (1)   Lembaga  boleh  menggantung  keanggotaan  mana-mana  anggota  sekiranya
                                  majoriti  anggota  Lembaga  berpuas  hati  bahawa  anggota  itu  telah  bertindak
                                  mengikut suatu cara yang memudaratkan kepentingan Koperasi jika melakukan
                                  mana-mana satu daripada perkara berikut:
                                  (a)  merujukkan pertikaian atau aduan kepada mana-mana orang selain
                                     daripada Suruhanjaya;
                                  (b)  membuat  kenyataan  di  dalam  akhbar  atau  mana-mana  media  massa
                                     mengenai Koperasi ini tanpa kebenaran Lembaga;
                                  (c)  membuat tuduhan palsu ke atas anggota Lembaga atau anggota atau bekas
                                     anggota atau pekerja Koperasi ini;
                                  (d)  memburuk-burukkan  Koperasi  sehingga  mencemarkan  nama  baik  dan
                                     menjejaskan urusan perniagaan koperasi ini; atau
                                  (e)  bertindak di luar etika mesyuarat di dalam mana-mana mesyuarat sehingga
                                     menjejaskan perjalanan mesyuarat.

                                                           9
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19