Page 24 - KOPERASI MAJLIS GURU BESAR PERLIS (1)
P. 24
Notis mesyuarat Lembaga
43. Notis bagi sesuatu mesyuarat Lembaga hendaklah diberi kepada semua anggota
Lembaga dalam tempoh tidak kurang daripada tujuh hari sebelum diadakan
mesyuarat itu.
Kuorum mesyuarat Lembaga
44. Kuorum mesyuarat Lembaga hendaklah melebihi satu perdua daripada bilangan
anggota Lembaga menurut undang-undang kecil 34.
Urusan mesyuarat Lembaga
45. Urusan mesyuarat Lembaga hendaklah termasuk yang berikut:
(a) mengesahkan minit mesyuarat Lembaga terdahulu;
(b) membincangkan perkara berbangkit;
(c) mengkaji, membincang, menimbang dan memutuskan di mana berkenaan
perkara berikut:
(i) keputusan mesyuarat agung dan menentukan tindakan;
(ii) laporan Jawatankuasa Audit Dalaman;
(iii) laporan pengurusan;
(iv) permohonan menjadi anggota Koperasi;
(v) permohonan menambah atau mengurangkan caruman syer;
(d) membentang dan meluluskan kedudukan kewangan bulanan;
(e) mengkaji dan membincangkan projek Koperasi yang sedia ada dan subsidiari,
jika ada;
(f) mengkaji, membincang dan memutuskan cadangan projek baru Koperasi dan
subsidiari, jika ada;
(g) mengkaji, membincang dan memutuskan hal-ehwal pengurusan dan
kakitangan termasuklah—
(i) hal-hal perjawatan;
(ii) program latihan pekerja; dan
(iii) program pendidikan anggota;
(h) melantik Jawatankuasa Audit Dalaman dikalangan anggota menurut undang-
undang kecil 53; dan
(i) menjalankan apa-apa urusan lain dengan memberi notis tidak kurang
daripada tujuh hari dari tarikh mesyuarat.
Undi anggota Lembaga
46. (1) Semua usul dan cadangan hendaklah diputuskan dengan majoriti mudah
undi anggota Lembaga yang hadir.
(2) Jika bilangan undi sama banyak, maka usul atau cadangan yang diundi itu
hendaklah ditolak. Anggota Lembaga yang berkecuali dianggap tidak
menyokong usul itu.
(3) Seseorang anggota Lembaga yang ada percanggahan kepentingan di dalam
perkara yang akan dipertimbangkan oleh mesyuarat hendaklah
mengisytiharkan sepenuhnya kepada Lembaga mengenai penglibatan atau
percanggahan kepentingannya di dalam perkara itu dan tidak mengundi atau
terlibat di dalam perbincangan mengenai perkara itu.
19

