Page 74 - SBC10012(APLIKASI KOMPUTER)-TOPIK 1
P. 74
1.7.1 c QR Code Scanner & Generator
Kod QR ni lebih kurang macam barcode yang kita selalu tengok pada
produk yang dijual dekat pasar raya tu. QR adalah singkatan untuk
‘Quick Response’ atau ‘respon/ maklumbalas yang pantas’. Berbeza
dengan barcode yang digunakan dalam industri retail, penerbitan buku,
atau farmasi. QR Code ni lain sikit sebab ia boleh digunakan dan
dihasilkan dengan mudah oleh orang awam.
Kod QR paling banyak digunakan untuk tujuan pengiklanan, di mana
pengimbasannya yang segera boleh membawa pengguna kepada laman
sesebuah jenama dalam masa siaran iklan yang singkat tanpa perlunya
memaparkan URL yang biasa untuk tujuan yang sama.
Sekarang ni kita tengok dah banyak events pun guna QR Code untuk
para peserta mengakses maklumat dengan mudah. Ada juga yang
gunakan pada kad kahwin, nota kelas dan macam-macam lagi. Jadi,
macam mana nak buat kod QR ni sebenarnya?
SBC 10012 APLIKASI KOMPUTER - TOPIK 1

