Page 109 - mewarna pelangi
P. 109
mengunci rapat mulut aku dan Saripah. Pohon-pohon yang menghijau
bagai bernyanyi-nyanyi. Sambil meliuk-liuk ke kiri dan kanan. Di kaki
langit gumpalan awan hitam semakin tebal meliputi permukaannya.
Hujan akan turun. Semenjak dari pagi tadi hingga ke petang cuaca amat
panas memijar sekali. Semua ini adalah rahmat Tuhan. Kita harus
bersyukur menerimanya.
Aku tidak mahu keadaan ini berlarutan.
“Mari kita ke sana,” ujarku sambil jari telunjuk menunjukkan ke
arah restoran yang terletak berhampiran dengan taman.
“Hari pun dah nak hujan. Terlalu banyak bercakap tekak pun dah
naik kering,” tambahku lagi.
“Baiklah!” angguknya dan tidak membantah.
Aku dan Saripah bingkas bangun daripada kerusi kayu yang
terletak di bawah pohon yang rendang. Kami bernasib baik. Setibanya di
dalam restoran hujan pun turun dengan lebat. Pelanggan tidak ramai.
Boleh dikira dengan jari dalam anggaran dua tiga orang sahaja. Aku dan
Saripah memilih tempat duduk di sudut yang paling sepi. Bebas
109

