Page 3 - mewarna pelangi
P. 3
syarikat ini.” Kata-kata rangsangan daripada pengurus syarikat. Minggu
depan aku akan kembali semula ke kota. Keindahan pantai Port Dickson
akan ditinggalkan. Entah bila aku akan kembali ke sini, masih belum
pasti.
Aku benar-benar jatuh hati pada ketenangan dan kedamaian di
sini. Kalau boleh aku tidak mahu pulang dengan tangan kosong.
Seberkas cerpen dan puisi mesti dihasilkan.
Tangan kananku pantas mencapai sebatang ranting mati. Dan
mengais-ngais bentuk empat segi di atas permukaan butiran pasir yang
halus.
Fikiranku terus berputar ligat dengan harapan agar ilham
menjelma.
“Maafkan saya kalau mengganggu.” Lamunanku segera
terpancung apabila suara gadis itu menembusi gegendang telingaku.
Aku pantas menoleh ke belakang.
Dia berdiri tercegat di sisiku macam orang yang sedang menunggu
arahan. Dia mengukir senyuman manis berbunga. Wajahnya kelihatan
cantik dan bening.
3

