Page 5 - CAHAYA SUCI
P. 5

BAB 2




                          Pagi. Di kaki langit matahari kelihatan bersinar indah. Khairil dan


                   Azman memilih Restoran Seri Menanti. Sebagai tempat untuk menikmati

                   sarapan pagi.




                          Memang  Restoran  Seri  Menanti  menjadi  pilihan  mereka  untuk


                   bersarapan  pagi.  Restoran  Seri  Menanti  amat  terkenal  dengan  nasi

                   lemak  kukus  dan  rendang  ayam  Minang.  Yang  menjadi  pilihan  utama


                   pengunjung. Yang datang ke restoran ini.




                          “Dia menolak lamaran aku. Dia tak dapat melupakan rasa kecewa.

                   Sewaktu  hidup  bersama  dengan  suaminya.  Aina  tak  mahu  peristiwa


                   pahit  yang  dialaminya  dulu  berulang  kembali,”  Khairil  berkata  pada

                   Azman. Yang duduk berhadapan dengannya.




                          Seluruh ruang restoran dipenuhi dengan pelanggan. Pelayan sibuk


                   mengambil  pesan.  Dan  menghantar  makanan  dan  minuman  yang

                   dipesan.





                          “Kau  juga  senasib  dengan  dia,  kan?”  tanya  Azman.  Sambil

                   mengangkat kepala. Memandang wajah kawannya itu.





                                                              5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10