Page 222 - JALAN PULANG
P. 222

“Releks  kata  kau?  Hei,  tak  kena  pada  kau  bolehlah  kau  cakap.

                   Cuba kalau kena pada kau. Tahulah …!” rengus Marlisa.





                          “Yalah!  Releks!  SPM  lambat  lagi.  Dah.  Malam  ni  kau  ikut  aku.

                   Sekurang-kurangnya hilang masalah kau,” pujuk Eddy pula.




                          “Ke mana?” Marlisa menyoal.




                          “Kau ikut ajelah nanti. Tak usah banyak tanya!” Eddy mencelah.




                          Sesungguhnya  Tuhan  menciptakan  hidup  ini  untuk  manusia


                   adalah  satu  perjalanan  yang  jauh.  Hakikatnya  bermula  dari  kelahiran

                   dan  berakhir  dengan  kematian.  Penuh  dengan  pelbagai  ujian  dan


                   dugaan  yang  perlu  ditempuhi.  Sambil  memeluk  tubuh  erat  Marlisa

                   menarik  nafas  yang  panjang  dan  melemparkan  pandangan  sedalam-


                   dalamnya ke arah laut biru.




                          “Tempat  apa  ni,  Eddy?  Ramainya  orang.  Motosikal  pun  banyak,”

                   Marlisa berkata.





                          “Inilah tempat untuk kita enjoy,” Eddy menambah.










                                                             222
   217   218   219   220   221   222   223   224   225   226   227