Page 281 - JALAN PULANG
P. 281

"Saya  tak  ada  masa  nak  fikirkan  rumah  buruk  tu.  Banyak  lagi

                   kerja yang saya kena buat. Abang tanyalah pulak pada Nazri, Norkiah


                   dan  Nazariah.  Manalah  tahu  kalau  dia  orang  bersetuju  dengan


                   cadangan abang tu," dia menambah lagi.




                          Memang  dia  benar-benar  rasa  kecewa  dengan  sikap  yang

                   ditunjukkan oleh Norman adiknya yang kedua itu. Kekecewaannya terus


                   berlarutan  apabila  adik-beradiknya  yang  lain  Nazri,  Norkiah  dan

                   Nazariah  macam  juga  Norman.  Tidak  mahu  menerima  cadangannya.


                   Demi  memastikan  rumah  pusaka  peninggalan  arwah  ayahnya  terus

                   hidup.




                          Dia  lalu  menanamkan  tekad  sedalam-dalamnya  di  hati.  Biarlah


                   tidak mendapat bantuan daripada adik-beradik. Namun demi memegang

                   amanah  yang  ditinggalkan  oleh  arwah  ayah  dan  tidak  sanggup  untuk


                   melihat rumah pusaka ini dilanda sepi maka dia akan mengembalikan

                   semula sinarnya. Walaupun terpaksa dilakukan dengan sendirian.




















                                                             281
   276   277   278   279   280   281   282   283   284   285   286