Page 287 - JALAN PULANG
P. 287

"Hah, eloklah macam tu, Adam. Sekurang-kurangnya ringan sikit

                   kerja mak. Walaupun masa kau cuti ni aje," Tijah menambah.





                          "Adik-adik  belum  balik  sekolah  lagi  ke,  mak?"  Adam  menyoal

                   ibunya.




                          "Kejap  lagi  dia  orang  baliklah.  Kau  pergilah  masuk  ke  dalam.


                   Mandi  dan  solat  Zuhur.  Nanti  boleh  kita  makan  sama-sama,"  ibunya

                   berkata.




                          "Baiklah, mak!" balas Adam pula.




                          Rasa  bengis  dan  kecewa  jelas  kelihatan  di  muka  Deraman


                   setibanya di rumah malam itu.




                          "Tak  boleh  jadi  macam  ni!"  bentaknya  melepaskan  kemarahan

                   yang sedang bersarang di jiwanya.




                          "Kenapa ni, bang? Ribut tak ada. Angin tak ada. Balik naik angin


                   je," tegur Mariam.




                          "Mahu tidaknya. Memang saya tengah marah ni. Awak jangan nak

                   naikkan  darah  saya  lagi!"  Deraman  meninggikan  suara  seolah-olah





                                                             287
   282   283   284   285   286   287   288   289   290   291   292