Page 505 - JALAN PULANG
P. 505

“Maafkan aku, Azmi. Aku harap kau tak kecil hati. Aku lakukan

                   semua  ini  untuk  kesenangan  kita  bersama  jugak,”  Karim  bersuara


                   setelah bayangan Sarina hilang daripada pandangan mata.




                          “Itu  aku  tidak  tahu,  Karim.  Tapi  ....”  Dia  tidak  sempat  untuk


                   menghabiskan kata-kata. Karim lebih pantas memotong.




                          “Projek tu bernilai RM 1.8 juta. Kalau terlepas rugi besar kita.”




                          Demikianlah sikap Karim. Tegas orangnya. Setiap keputusan yang

                   diambilnya  tidak  boleh  diubah.  Kalau  hitam  katanya  maka  hitamlah.


                   Kalau  putih  katanya  maka  putihlah.  Tetapi  ketegasannya  tidak

                   bertempat.  Azmi  diam.  Dia  serba  salah.  Keuntungan  yang  bakal


                   diperolehi oleh Syarikat Setia Corporation Sdn Bhd akan menambahkan

                   lagi  rezeki  kepada  keluarganya.  Tetapi  dengan  cara  memberi  rasuah


                   semata-mata  untuk  mendapatkan  projek  itu  adalah  tidak  berkat.  Dia

                   mahu  mencari  rezeki  dengan  cara  yang  halal.  Cara  yang  diredai  oleh


                   Allah SWT. Agar selamat isteri dan anak-anaknya.




                          Azmi kembali menyorot muka Karim. Dia memakai baju berlengan


                   panjang yang berwarna daun hijau muda.










                                                             505
   500   501   502   503   504   505   506   507   508   509   510