Page 55 - JALAN PULANG
P. 55

“Apa?  Saya  zalim  pada  diri  sendiri.  Tolonglah,  tuan.  Janganlah

                   kusutkan fikiran saya ni. Masuk ni dah dua kali saya bertemu dengan


                   tuan.  Siapa  sebenarnya  tuan  ni?”  Dia  memohon  penjelasan  daripada


                   orang tua itu.




                          “Itu  tak  perlu,  nak.  Syukurlah.  Anak  berada  di  dalam  gua  ini

                   kerana diberi hidayat,” orang tua itu membalas sambil memegang bahu


                   Salim.




                          “Hidayat  ….?”  Salim  berasa  amat  pelik  apabila  mendengar

                   perkataan itu.




                          “Anak tahu apa maknanya hidayat?” tanya orang tua itu lagi. Dia


                   sebaliknya  diam.  Mulutnya  seolah-olah  terkunci  rapat.  Seperti  ada

                   kuasa yang menghalangnya daripada bercakap.




                          “Tak apalah, nak. Saya faham. Perkataan hidayat tak pernah anak


                   dengar.  Anak  sebenarnya  telah  mendapat  petunjuk  daripada  Tuhan,”

                   jelas orang tua itu. Salim lalu menunduk kepala. Tuhan. Baru dia sedar


                   kini  akan  kesilapannya.  Dia  kemudiannya  perlahan-lahan  mengangkat


                   kepala kembali dan memandang muka orang tua itu.










                                                             55
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60