Page 64 - JALAN PULANG
P. 64

bangsawan. Mereka diberi peluang melanjutkan pelajaran hingga ke luar

                   negeri. Harapan British apabila mereka balik nanti akan menjadi konsul


                   iaitu pegawai dalam tanah jajahan Kerajaan British di Tanah Melayu.




                          Golongan  miskin  dibiarkan  terus  menderita  tanpa  mendapat


                   pembelaan.  Memang  ternyata  British  mempunyai  cita-cita  untuk  terus

                   menjajah orang-orang Melayu. British sengaja membiarkan kadar buta


                   huruf  di  kalangan  anak-anak  Melayu  meningkat  demi  memastikan

                   matlamat  untuk  terus  menguasai  Tanah  Melayu  tercapai  sepenuhnya


                   tanpa halangan.




                          Siapa yang menjadi tentera dan polis? Anak-anak Melayu dipaksa

                   menjaga  ladang-ladang  dan  kediaman  mereka  agar  dapat  hidup  aman


                   dan  malam  tidur  nyenyak.  Tak  cukup  dengan  itu  anak-anak  Melayu

                   dikerah  ke  hutan  untuk  menggadai  nyawa  menentang  komunis  dan


                   akibatnya  ramai  yang  terkorban.  Menjaga  keamanan  Tanah  Melayu.

                   Itulah yang ditanamkan oleh British ke dalam jiwa anak-anak Melayu.


                   Tetapi  malangnya  gaji  yang  diterima  oleh  anak-anak  Melayu  yang

                   menyertai  tentera  dan  polis  adalah  amat  rendah.  Tidak  setimpal


                   langsung dengan pengorbanan yang telah mereka lakukan.




                          Anak-anak  Melayu  tidak  diberi  peluang  untuk  menerima

                   pendidikan  tinggi.  British  bimbang  apabila  mereka  cerdik  nanti  akan





                                                             64
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69