Page 4 - modul any flip cOMPLETE 2
P. 4

Mata pelajaran Sains sangat penting dalam kurikulum. Sesetengah topik
             Sains  dianggap  sukar  kepada  murid  untuk  menguasainya.  Melalui

             dapatan daripada murid dan guru, mereka beranggapan bahawa topik
             fasa-fasa bulan sukar untuk mereka memahaminya.




             Terdapat  pelbagai teori yang  mengatakan bahawa topik ini mencabar
             untuk  diajar.  Salah  satu  faktornya  ialah  murid  sering  mengalami

             miskonsepsi  mengenai  topik  ini.  Hal  ini  dapat  dibuktikan  melalui
             pernyataan berikut:




                     “Kanak-kanak akan membuat jangkaan awal tentang dunia fizikal

                     yang dilihatnya berdasarkan tafsiran pengalaman sehariannya. Hal
                     ini membawa kepada miskonsepsi terhadap topik fasa-fasa bulan
                     kerana  apa  yang  dialami  olehnya  berdasarkan  pengalaman

                     sehariannya  dan  mereka  telah  menjana  idea  sendiri  mengenai
                     bagaimana  Bulan  itu  berubah  bentuk  sehari-hari.  (Vosniadou  &

                     Brewer 1994 ; Jones H. P. 2012)




             Menurut Hermann & Lewis (2003), murid mengalami pengalaman setiap
             hari dengan bulan kerana bulan dapat dilihat hampir setiap hari pada

             waktu siang atau malam dan berubah-ubah bentuk pada setiap hari. Hal
             ini  menyebabkan  murid  sudah  mempunyai  idea  sendiri  mengenai
             bagaimana bulan itu berubah bentuknya. Walaupun selepas diterangkan

             oleh  guru,  masih  terdapat  sesetengah  murid  yang  enggan  mengubah
             miskonsepsi mereka.













                                                           2
   1   2   3   4   5   6   7   8   9