Page 2 - PAMERAN KERJAYA MAYA NEGERI MELAKA "Careers InSight" 27 & 28 OKT 2021
P. 2
PENGENALAN
Pendedahan kepada pilihan kerjaya di peringkat sekolah dapat membantu murid
memupuk minat dan memotivasikan murid untuk berjaya di dalam dunia pekerjaan
Menurut laporan “connecting the worlds of learning and work” yang dibentangkan
dalam forum ekonomi dunia 2018, semua pelajar perlu melayari dunia pekerjaan,
terutamanya pekerjaan masa akan datang sebelum mereka meninggalkan sekolah.
OBJEKTIF PAMERAN KERJAYA
• Memberi pendedahan kepada pasaran pekerjaan terkini dan memahami
permintaan pasaran.
• Mengembangkan kemahiran insaniah yang penting semasa berinteraksi dengan
majikan seperti komunikasi, pengenalan diri, dan kemahiran berhubung.
• Mendapatkan butiran dan maklumat tentang pelbagai bidang kerjaya (keperluan,
skop pekerjaan dan prospek pekerjaan).
• Mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang rancangan masa depan mereka
(minat, kerjaya dan peluang)
SASARAN PESERTA
5 orang wakil murid dan seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah-Sekolah
Menengah Negeri Melaka
MEDIUM PAMERAN
Aplikasi Google Meet

