Page 7 - HIMPUNAN DOA
P. 7

Mukadimah








                    lhamdulillah,  pujian  dan  syukur  kepada  Ilahi
                    dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak
              A terhitung  buat  kita  semua.  Selawat  dan  salam  ke
            atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak
            langkahnya hingga hari kesudahan.




               Pada hari ini, 1 Februari 2020, saya terfikir akan betapa pentingnya
            untuk kita memulakan kehidupan pada setiap pagi dengan berdoa.
            Sementelahan lagi, dalam dua minggu belakangan ini, telah merebak-
            nya wabak coronavirus sehingga mengorbankan begitu ramai manusia.
            Dari situ, terdetik dalam hati saya, alangkah baiknya jika kita mempunyai
            doa khusus yang diamalkan untuk kehidupan kita.


               Buku  Inilah Doaku  pada kali  ini adalah cetakan yang ketiga
            dengan sedikit penambahan doa dan penambahan bentuk doa secara
            berjemaah agar mudah diamalkan oleh semua kelompok masyarakat.
            Oleh kerana buku ini telah menarik banyak pihak untuk memilikinya,
            maka menjadi tanggungjawab kami untuk melakukan kemaskini pada
            setiap kali cetakan baru dilakukan.



                                                                                          3
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12