Page 2 - PELANCARAN GURU PENYAYANG DAN SALAM HORMAT 2020
P. 2

1.1 NAMA PROGRAM
               MAJLIS PELANCARAN GURU PENYAYANG DAN SALAM HORMAT 2020



               2.0 TUJUAN
               2.1  Pelaksanaan program, yang dijalankan adalah bertujuan agar guru dapat
                    mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang dan mengamalkan budaya
                    salam hormat dalam kalangan murid seterusnya dapat meningkatkan
                    semangat murid hadir ke sekolah



               3.0 KONSEP
               3.1 Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi,
                    mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini
                    bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian
                    (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every
                    child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra,
                    mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria,
                    prihatin dan sabar.
               3.2  Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting
                    yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan
                    disayangi setiap masa.
               3.3  Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam
                    perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.



               4.0 OBJEKTIF
               4.1 Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru
               4.2 Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
               4.3 Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah
               4.4 Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada
                  sekolah.

               4.5  Memastikan budaya ucapan salam hormat menjadi amalan dalam kalangan
                   warga sekolah dan dipraktikkan secara berterusan sama ada di dalam atau di
                   luar kawasan sekolah.
               •
   1   2   3   4   5   6   7