Page 114 - Manual Pengurusan SMK Kamil 2022/23 (Android Version)
P. 114

MISI HEM



                        Membentuk kemenjadian pelajar supaya sentiasa
                                    berdisiplin dan berakhlak mulia



                                        DASAR & KETETAPAN HEM


                  PENGENALAN

                  1. Semua guru dan kakitangan di sekolah merupakan `ibu bapa kedua` kepada semua pelajar
                  2. Sentiasa mengutamakan kebajikan pelajar dalam setiap tindakan dan keputusan yang dibuat
                  3. Guru perlu melayan pelajar dengan adil, saksama, bertimbang rasa dan kasih sayang


                  DASAR & KETETAPAN HEM

                  1.  Menerima kemasukan pelajar daripada pelbagai kaum
                  2.  Kemasukan pelajar adalah melalui kawalan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh
                  3.  Setiap pelajar mesti didaftarkan dalam buku rekod pendaftaran
                  4.  Setiap pelajar diwajibkan memiliki sebuah Fail Peribadi Pelajar
                  5.  Pelajar yang melanggar peraturan sekolah akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin Sekolah
                  6.  Pelajar yang tidak hadir ke sekolah perlu mengemukakan sijil cuti sakit atau surat makluman
                       daripada ibu bapa atau penjaga
                  7.  Keselamatan pelajar akan sentiasa diutamakan sepanjang berada di dalam kawasan sekolah
                  8.  Semua pelajar dilindungi dengan Skim Insurans Takaful
                  9.  Pihak sekolah sentiasa memastikan tahap kesihatan pelajar dalam keadaan baik melalui kerjasama
                       dengan Kementerian Kesihatan Malaysia seperti pemeriksaan gigi, pemeriksaan kesihatan,
                       suntikan imunisasi, ceramah dan kempen
                  10. Kebenaran diberikan kepada ibu bapa atau penjaga untuk membawa pelajar yang sakit
                        mendapatkan rawatan di hospital
                  11. Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital terhadap kes-kes kecemasan dan
                        dimaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga
                  12. Pelajar yang layak akan menerima bantuan biasiswa, KWAPM, Bantuan Khas Awal
                        Persekolahan dan lain-lain
                  13. Pelajar yang menunggang motosikal perlu memakai topi keledar dan mematuhi peraturan
                        yang ditetapkan
                  14. Pelajar tingkatan 1 hingga 5 layak menerima Skim Pinjaman Buku Teks
                  15. Guru tingkatan perlu mengemas kini maklumat dan kehadiran pelajar dalam Aplikasi Pengkalan
                        Data Murid (APDM) setiap hari persekolahan
                  16. Guru mata pelajaran perlu memastikan kelas dalam keadaan bersih sebelum memulakan sesi
                        PdP
                  17. Pelajar mesti berada di medan perhimpunan rasmi dan harian sekolah pada jam 7.20 pagi
                  18. Pelajar dilarang membawa telefon ke sekolah mengikut SPI
                  19. Pelajar dilarang memuat naik sebarang bentuk video, gambar dan kenyataan yang boleh
                        menjejaskan nama baik sekolah
                  20. Pelajar tidak dibenarkan berada di kawasan larangan tanpa kebenaran guru


               Manual Pengurusan Sekolah 2022 | Pengurusan Hal Ehwal Murid                               107
   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119