Page 9 - Manual Pengurusan SMK Kamil 2022/23 (Android Version)
P. 9

Perutusan Pengetua




















             Assalamualaikum wbt.

             Jutaan  kesyukuran  dipanjatkan  ke  hadrat  Ilahi  kerana  dengan  izin  dan  limpah  kurnia-Nya  Manual
             Pengurusan sesi 2022/2023 berjaya diterbitkan. Penerbitan manual ini sememangnya amat membantu

             dalam  memudahkan  segala  tugas  dan  urusan  pentadbiran  di  SMK  Kamil.  Terima  kasih  diucapkan

             kepada  semua  AJK  Manual  Pengurusan  yang  telah  menyumbangkan  tenaga  dan  idea  demi
             melengkapkan khazanah yang amat berharga ini.
             Selamat kembali ke sekolah untuk sesi 2022/2023. Terbukanya tirai sesi baharu persekolahan bermakna

             tugas dan amanah untuk membimbing dan mencorak anak bangsa ke arah yang lebih cemerlang dan

             terbilang diteruskan tanpa ada garis noktahnya. Selaku pendidik, kita mestilah sentiasa bersedia untuk
             menyahut  seruan  kerajaan  bagi  mentransformasikan  sistem  pendidikan  negara  demi  memastikan

             modal insan yang bakal dilahirkan benar-benar memenuhi aspirasi negara.

             Sesungguhnya, penerapan TS25 dalam pengurusan dan pentadbiran di SMK Kamil merupakan suatu

             platform terbaik. Melalui TS25, kepemimpinan sekolah dapat dimantapkan, potensi guru dan murid
             dapat dimaksimumkan serta pelibatan ibu bapa dan komuniti dapat diperkukuhkan.

             Pada  kesempatan  ini,  saya  menyeru  semua  warga  SMK  Kamil  agar  dapat  bekerjasama  dalam  satu

             pasukan  yang  mantap  demi  mempertingkatkan  komitmen  dan  iltizam  ke  arah  kejayaan  yang  lebih

             terbilang. Transformasi dalam bidang pendidikan mesti disahut dan direbut oleh semua warga SMK
             Kamil.  Terimalah  apa-apa  jua  tugasan  yang  telah  disusun  dalam  Manual  Pengurusan  ini  dengan

             berlapang dada dan bersepakat dalam menjayakannya. Sesungguhnya, dunia pendidikan memerlukan

             guru-guru yang hebat dan berdedikasi seperti anda semua.

             Sekian,  selamat  bertugas  dengan  penuh  ikhlas  dan  bertanggungjawab.  Semoga  Allah  memberkati
             segala tindakan dan usaha kita. Selamat Maju Jaya.  Terima kasih.



             Mohd Rozaki bin Bakar

             Pengetua
               1 Mac 2022






               Manual Pengurusan Sekolah 2022/2023 | Pengenalan                                             2
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14