Page 95 - Buku Pengurusan SMK Taman Putri 2021
P. 95
Buku Pengurusan SMK Taman Putri | 2021
JADUAL PEMBAHAGIAN TUGAS GURU BERTUGAS MINGGUAN
KOD TUGASAN LAPORAN HARIAN
GURU
A Ketua, mengendali perhimpunan harian & menulis dan Borang Laporan Mingguan(merah jambu-
membaca laporan mingguan (rumusan) pagi, hijau-petang)
B Pintu pagar depan, Pemantauan kebersihan kawasan Ruangan bilangan 1:
sekolah Disiplin murid
Ruangan bilangan 5:
Persekitaran sekolah
C Kawalan kantin dan catatan taklimat ringkas/taklimat Ruangan bilangan 2:
pagi/petang Kantin
Buku Catatan Taklimat
D Pemantauan kebersihan dan keceriaan kelas, Ruangan bilangan 3:
pintu pagar belakang Bilik darjah
E Catatan Diari Sekolah, kebersihan tandas, pintu pagar di Buku Diari Sekolah
padang Ruangan bilangan 4 & 7:
Tandas murid, hal-hal lain
*** Kaunselor akan bertugas pada awal sesi persekolahan dan menggantikan mana-mana guru cuti
bersalin.
DOKUMEN PEMANTAUAN GURU BERTUGAS
1. Fail Guru Bertugas : Laporan Harian & Laporan Mingguan Guru Bertugas
2. Buku Catatan Taklimat
3. Buku Diari Sekolah
MANUAL PROSEDUR KERJA
1. Ketua kumpulan mestilah memastikan setiap ahli kumpulan melaksanakan tugasan
pada minggu berkenaan dengan baik .
2. Sekiranya ketua kumpulan tidak hadir, guru C bertindak mengambil alih tugas sebagai ketua.
3. Ketua kumpulan perlu menyemak laporan yang dibuat oleh setiap ahli bagi bahagian yang berkenaan
dan menyerahkan laporan setiap hari kepada PK Pentadbiran.
4. Setiap guru perlu bertugas mengikut tugasan atau tempat bertugas yang telah ditetapkan,
menyediakan laporan yang berkenaan setiap hari dan menyerahkan kepada ketua kumpulan.
5. Laporan harian guru bertugas perlu dibuat setiap hari menggunakan kertas laporan
yang telah disediakan dan boleh didapati di bilik PK Pentadbiran.
6. Laporan harian guru bertugas, Catatan Diari Sekolah dan Buku Catatan Taklimat Pagi/Taklimat
Ringkas hendaklah diletakkan di dalam bilik PK Pentadbiran selepas tamat persekolahan hari
berkenaan.
7. Laporan Mingguan:
i. Disediakan dan disampaikan oleh Guru A.
ii. Perlu menggunakan pendekatan yang positif.
iii. Laporan mestilah spesifik dengan data yang betul.
iv. Laporan meliputi setiap aspek yang telah ditetapkan dan adalah penting untuk menyebut
segala usaha/penambahbaikkan yang dilakukan oleh murid.
8. Laporan Mingguan perlu diserahkan kepada PK Pentadbiran pada hari Khamis.
101

