Page 132 - Sejarah Tahun 6 SR Kegunaan 2022
P. 132
Sejak zaman kerajaan awal lagi, negara kita terlibat dengan pelbagai kegiatan
ekonomi seperti ekonomi sara diri dan ekonomi perdagangan. Di samping
aktiviti perdagangan, masyarakat melibatkan diri dalam sektor pertanian,
perlombongan dan pembuatan serta pengutipan hasil hutan dan hasil laut.
Pertanian Kedah Tua
Penanaman Padi Abad Kelima
Padi sawah ditanam di kawasan yang
bertakung air.
Padi huma ditanam di kawasan tanah
pamah dan lereng bukit. Gangga Negara
Abad Keenam
Pertanian Lain
Tanaman lain seperti pisang, kacang, ubi
kayu, jagung dan buah-buahan lain turut
diusahakan. Melaka
Abad Ke-10
Perdagangan
Kedudukan strategik di laluan perdagangan antara
China dan India menjadikan kerajaan-kerajaan ini
muncul sebagai tempat persinggahan para
pedagang.
Kedah Tua, Gangga Negara, Santubong dan
Melaka berkembang pesat sebagai pusat
perdagangan.
Antara barang dagangan utama ialah kain,
rempah-ratus, bijih besi, bijih timah, damar dan
kapur barus.
Masyarakat tempatan juga teribat dengan
perkhidmatan bekalan air dan makanan,
penginapan, gudang serta pembaikan kapal.
Suasana perdagangan di Melaka
pada abad ke-14.
126

